KUALA LUMPUR | Jumlah pemberian vaksin COVID-19 di negara ini sehingga semalam mencatatkan sebanyak 8,346,697 dos.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, suntikan bagi dos pertama sebanyak 5,952,815 dos dan dos kedua 2,393, 882.
Katanya, suntikan vaksin semalam mencatatkan sebanyak 263,012 dos iaitu 178,148 dos pertama dan 84,864 dos kedua.
“Kuala Lumpur mencatatkan pemberian vaksin bagi dos pertama melebihi 1 juta dos atau 59.5 peratus.
“Manakala, dos kedua dicatatkan sebanyak 209,165 dos atau 11.8 peratus,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.
Beliau berkata, pemberian vaksin di Selangor direkodkan 993,032 bagi dos pertama atau 15.2 peratus dan 318,772 bagi dos kedua atau 11.8 peratus.