PUTRAJAYA | Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2021 akan diumumkan pada 5 Julai ini.
KPM dalam satu kenyataan berkata, murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan pendaftaran kemasukan ke Tingkatan Enam tahun 2021 mulai 5 hingga 15 Julai.
“Semakan bpleh dibuat secara dalam talian menerusi Portal Aplikasi dalam Talian Tingkatan Enam di pautan https://sst6.moe.qov.my
“Bagi murid lepasan SPM tahun 2020 yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan tawaran dan membantu proses pendaftaran,” katanya.
Menurut KPM lagi, bagi murid Iepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat kemasukan ke Tingkatan Enam tetapi tidak menerima tawaran, permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian di pautan https://sst6.moe.qov.my/.
Katanya, untuk murid lepasan SPM tahun 2020 yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan membantu menguruskan rayuan murid. Tempoh rayuan adalah mulai 5 hingga 15 Julai.
“Keputusan permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 akan dimaklumkan pada 20 Julai nanti melalui portal yang sama. Manakala, bagi murid yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan keputusan permohonan rayuan pada tarikh yang sama.
“Sesi pengajian bagi Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 akan bermula pada 25 Julai 2021 bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan pada 26 Julai 2021 bagi sekolah dalam negeri kumpulan B,” katanya.