KUALA LUMPUR | Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita Dan Kanak-Kanak Dan Pembangunan Sosial akan menyiasat dan melaporkan apa-apa cadangan, usul berkaitan dengan hal ehwal wanita dan kanak-kanak, katanya Pengerusi Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau juga akan memastikan isu trend peningkatan kes bunuh diri ini sebagai agenda utama Jawatankuasa Pilihan Khas ini apabila bermesyuarat kelak.
“Jawatankuasa Pilihan Khas ini mempunyai kuasa untuk memanggil di hadapannya mana-mana orang termasuklah orang yang mempunyai kepakaran dan kemahiran di bawah Peraturan Mesyuarat 83(2).
“Selain daripada itu, seperti yang termaktub di bawah Peraturan Mesyuarat 86, Jawatankuasa Pilihan Khas ini juga akan menyiapkan dan membentangkan penyata Jawatankuasa yang mengandungi syor-syor berkaitan dengan isu ini,” katanya dalam satu kenyataan media.
Azalina berkata, beliau yakin dengan mengoptimumkan fungsi dan peranan Jawatankuasa Pilihan Khas akan membantu Kerajaan dalam mencari jalan penyelesaian yang tuntas dan pantas.
Katanya, Jawatankuasa Pilihan Khas ditubuhkan agar isu bunuh diri dapat dibendung dan terus mengancam dan memberi kebimbangan dalam masyarakat.
“Saya ingin mengambil kesempatan untuk merafak sembah menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong yang telah menzahirkan pandangan bahawa semua Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan hendaklah meneruskan mesyuarat sebagai mekanisme sernak dan imbang bagi rnenjamin tadbir urns yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab khususnya dalam rnenangani isu-isu dasar awam dan kernasyarakatan serta hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara,” katanya.