KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu yang dilaporkan adalah 6,658 kes hari ini.
Jumlah itu menurun sedikit berbanding semalam sebanyak 6,982 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan kes paling tinggi iaitu 3,047 kes.
Katanya, diikuti Negeri Sembilan 699 kes; Kuala Lumpur 616 kes; Johor 414 kes dan Sarawak 361 kes.
“Melaka 345 kes; Sabah 322 kes; Pahang 200 kes; Pulau Pinang (142);
Kedah (145); Kelantan (89); Perak (101); Terengganu (51); Labuan (108); Putrajaya (16) dan Perlis dua kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.