KUALA LUMPUR | Pendakwah terkenal, Ebit Lew tiba di tana selepas berjaya menyelesaikan misi bantuan kepada penduduk Gaza, Palestin.
Beliau mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakannnya.
“Alhamdulillah. Segala puji milik Allah.Terima kasih ya Allah.
“Terima kasih semua yang selalu mendoakan. Allah sahaja yang membalasnya. Jika ada kebaikan atas yang kami buat berkat doa semua.
“Kami sedang menjalani kuarantin di tempat yang ditentukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Terima kasih Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra serta Kedutaan Besar Malaysia di Mesir,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini.
Ebit turut berterima kasih kepada Turkish Airlines yang menaja penerbangannya pasukan.