MUNICH | Itali mengekalkan rekod tanpa kalah apabila turut menewaskan Belgium 2-1, pagi tadi untuk mara ke aksi separuh akhir Euro 2020 menentang Sepanyol.
Lapor AFP, ledakan menarik Lorenzo Insigne menjadi gol kemenangan buat Itali di Munich.
Nicolo Barella meletakkan Itali yang kini dalam rekod 32 perlawanan tanpa kalah di depan, sebelum Insigne meledak menerusi satu sepakan lencong menarik pada minit ke-44.
Romelu Lukaku berjaya merapatkan jurang sebelum rehat babak pertama, namun Belgium yang berada di kedudukan teratas dunia gagal mencari gol penyamaan.
Itali akan menentang Sepanyol di Wembley pada Rabu ini dalam perebutan tempat ke pentas akhir.