IPOH | PAS Perak menafikan gambar tular kononnya Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak diconteng yang dimuat naik pemilik akaun Twitter @gengkotak yang cuba melakukan provokasi murahan dan fitnah jahat.
Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Hafez Sabri berkata, berdasarkan gambar terkini pada 3 Julai iaitu hari ini, keadaan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak masih dalam keadaan baik dan aman.
“PAS Perak menafikan pejabat diconteng. PAS Perak melahirkan rasa kesal di atas tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak tertentu.
“Kita berharap masyarakat dapat bertenang selepas mendapat penjelasan ini dan bersama kita menolak perbuatan fitnah dan tidak bermoral ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari.
Beliau berkata, PAS Perak menyeru agar semua dapat berpolitik secara matang dan sejahtera.
Terdahulu, tular di laman Twitter berhubung Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak diconteng