KUALA LUMPUR | Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur, semua kerja pembinaan di kawasan tersebut dihentikan serta-merta.
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, surat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) tidak diguna pakai.
“Namun pengecualian diberikan kepada kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan dan pendawaian yang bersifat kritikal berdasarkan janji temu.
“Bagi sektor kritikal, mereka boleh mendapatkan kebenaran daripada pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, KKR menggesa semua penggiat industri pembinaan untuk mematuhi arahan semsa dan prosedur operasi standard.
PKPD di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur akan dilaksanaka selama 14 hari bermula 3 hingga 16 Julai.