KUALA LUMPUR | Berdasarkan data terkini pada 2 Julai, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (RT)
Malaysia adalah sebanyak 1.07.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Pahang iaitu 1.27.
Katanya, negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.13); Selangor (1.07); Pulau Pinang (1.07); Melaka (1.07); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.03), Kedah (1.03) dan Perak (1.00).
“Negeri lain iaitu Negeri Sembilan (0.98); Wilayah Persekutuan Labuan (0.97); Sabah (0.96); Sarawak (0.94); Johor (0.91); Kelantan (0.83); Terengganu (0.75),” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.
Menurutnya, negara pernah mencatatkan nilai RT atau R naught (R0) penularan jangkitan COVID-19 yang tertinggi pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 (18 Mac 2020) dengan nilai RT 3.5.