KUALA LUMPUR | Jumlah suntikan vaksin yang dicatatkan di negara ini sebanyak 8,582,893 dos sehingga semalam.
Daripada jumlah itu sebanyak 6,119,874 bagi dos pertama dan 2,463,019 dos kedua.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, suntikan vaksin COVID-19 dalam tempoh 24 jam sehingga semalam juga berjumlah 236,196 dos.
“Suntikan bagi dos pertama adalah 167,059 dos dan 69,137 bagi dos kedua.
“Bagi suntikan dos pertama Selangor Kuala Lumpur dan Sarawak mencatatkan pemberian melebihi satu juga dos. Kuala Lumpur, Selangor dan Sarawak masing-masing mencatatkan 1,094,023 dos atau 61.7 peratus, 1,031,969 atau 15.8 peratus dan 1,151,744 dos atau 40.9 peratus.
“Suntikan kedua Kuala Lumpur mencatatkan 221,020 atau 12.5 peratus, Selangor 333,432 dos atau 5.1 peratus dan Sarawak 257,408 dos atau 9.1 peratus,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.