KUALA LUMPUR | Sebanyak 8,800,700 dos vaksin yang diberikan kepada individu di negara ini sehingga semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagi dos pertama sebanyak 6,261,014.
Katanya, seramai 2,539,686 individu sudah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.
“Sebanyak 217,807 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam membabitkan 141,140 dos pertama dan 76,667 dos kedua,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.
Menurutnya, negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 342,677 dos, diikuti Sarawak (278,528); Johor (266,779) dan Kuala Lumpur (232,170).