By Ismail Muhamad
KOTA BHARU | Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) bergabung tenaga bersama seorang usahawan tempatan menyalurkan sumbangan 70 pek makanan kepada barisan hadapan yang bertugas di Sekatan Jalan Raya ((SJR) Jalan Hamzah di sini, hari ini.
Sumbangan itu disampaikan oleh usahawan Azhar Mustapha bersama Presiden KEMUDI, Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi kepada barisan petugas hadapan membabitkan anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia, AngkatanTentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
Agihan makanan itu sebagai tanda penghargaan KEMUDI serta sokongan usahawan tempatan kepada barisan hadapan yang bertugas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) berikutan pandemik Covid 19.
Penyerahan sumbangan pek makanan daripada Azhar bersama Shahnun itu diterima oleh Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah untuk diagihkan kepada barisan hadapan di SJR berkenaan.
Menurut Abdullah, beliau berterima kasih kepada KEMUDI dan Azhar atas sumbangan yang disalurkan untuk barisan hadapan yang bertugas di SJR berkenaan ketika PKP 3.0 susulan SPP berikutan pandemik Covid 19.
Beliau berkata, sokongan masyarakat dalam mematuhi arahan pihak berkuasa susulan PKP 3.0 amat penting bagi melandaikan penularan Covid 19.
Katanya, SJR dilaksanakan PDRM bagi memastikan orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)) yang ditetapkan pihak kerajaan.
“Saya bagi pihak PDRM negeri ini mengucapkan terima kasih atas sokongan dan sumbangan pek makanan yang diberikan kepada barisan hadapan di SJR Jalan Hamzah di sini, daripada pihak KEMUDI betsama Azhar Mustapha,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima sumbangan 70 pek makanan kepada anggota bertugas di SJR Hamzah di sini, hari ini.
Sementara itu, Shahnun berkata, sumbangan yang diberikan itu sebagai sokongan KEMUDI bersama Azhar kepada penugasan anggota barisan hadapan di SJR berkenaan.
Katanya, kesibukan media Kelantan yang bertugas di lapangan dan menjadi sebahagian daripada barisan hadapan tidak lupa akan pengorbanan dan penugasan anggota PDRM, RELA dan ATM dalam melaksanakan penugasan di SJR terutama ketika berdepan pandemik Covid 19.