JEDDAH | Syarikat penerbangan Arab Saudi akan meningkatkan jumlah penumpang yang tiba dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam tempoh 24 jam akan datang.
Pelancong dan penduduk negara ini berpusu-pusu pulang ke tanah air selepas kerajaan Arab Saudi menyekat penerbangan dari UAE, Vietnam dan Ethiopia susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19 di kesemua negara berkenaan.
Mana-mana pengunjung yang memasuki Arab Saudi selepas sekatan itu dilaksanakan bermula hari ini, mereka perlu menjalani kuarantin di tempat yang disediakan.
Sehubungan itu, Saudia Airlines menasihatkan supaya semua penumpang sentiasa peka dengan status penerbangan, sebarang pengumuman baharu dan perubahan menerusi laman web syarikat penerbangan tersebut.
Penduduk Arab Saudi dibenarkan mengunjungi beberapa negara bermula 17 Mac lalu dengan syarat sudah divaksin atau pulih dari jangkitan Covid-19.
Mereka yang baru menerima satu dos suntikan vaksin pula perlu menunggu selama 14 hari se belum dibenarkan ke luar negara. – AGENSI