KUALA LUMPUR | Kes kematian baharu akibat COVID-19 yang direkodkan adalah sebanyak 63 kes hari ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kematian membabitkan 39 lelaki dan 24 wanita.
Katanya, kematian yang dicatatkan membabitkan individu berusia 60 tahun ke atas seramai 33 kes, 30 hingga 59 tahun 29 kes dan bawah 30 tahun satu kes.
“Kematian dilaporkan termasuk 7 kes Brought-In-Dead (BID) dengan kematian termuda berusia 13 tahun.
“Negeri yang mencatatkan kematian paling tinggi adalah Selangor iaitu 25 kes, diikuti Negeri Sembilan 15 kes.
“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.