KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu yang dilaporkan menurun kepada 6,045 kes hari ini.
Jumlah itu menjadikan kumulatif sebanyak 778,652 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata,
Selangor mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu 2,262 kes.
Katanya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 616 kes; Negeri Sembilan 531 kes; Johor 500 kes; Perak 384 kes dan Sarawak 365 kes.
“Kedah 332 kes; Sabah 228 kes; Melaka 290 kes; Pulau Pinang 173 kes; Kelantan 124 kes; Pahang 95 kes; Terengganu (54); Wilayah Persekutuan Labuan (75); Putrajaya (16) dan Perlis tiada kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.