KUALA LUMPUR | “Umat Islam wajib kembali semula memimpin umatnya bersama ajaran Islam yang sempurna.
“Agama yang telah membuktikan kejayaannya pada zaman keemasan, sehingga ia menjadi teladan kepada seluruh manusia,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, mereka (pemimpin) yang diberikan amanah memimpin, syaratnya ialah kalangan yang erat hubungannya dengan Allah SWT.
Katanya, selain itu, pemimpin yang menegakkan ekonomi yang adil, melaksanakan ‘amar makruf nahi munkar’ serta berwawasan hari akhirat.
“Pemimpin bukanlah dilantik di kalangan mereka yang fasiq, pembohong yang menipu rakyat, tidak melakukan ‘amar makruf nahi munkar’ serta hanya berwawasan dunia tanpa mengambil kira perhitungan pada hari pembalasan di akhirat kelak,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.