KOTA BHARU | Bagi meringankan beban rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kota Bharu menyumbangkan makanan keperluan harian.
Sumbangan itu diberikan kepada 20 keluarga di Tanjong Mas di sini, semalam.
Naib Ketua Bahagian BERSATU Kota Bharu, Rujhan Ab Rahman berkata, sumbangan itu daripada Ketua Bahagian BERSATU, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi.
Beliau yang juga Pengarah DUN Tanjong Mas berkata, bakul makanan akan diberikan secara berterusan kepada golongan yang memerlukan.
“Pelbagai barangan keperluan harian yang disumbangkan termasuk beras, gula dan minyak masak.
“Kita harap dengan bantuan itu dapat meringankan beban yang ditanggung ketika berdepan pandemik COVID-19,” katanya di sini, hari ini.