KUALA LUMPUR | Sebanyak 13 kluster baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini termasuk 11 daripadanya adalah kluster tempat kerja.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan dua kluster lagi adalah dalam komuniti.
Katanya, dua kluster komuniti membabitkan negeri Kelantan iaitu di Kampung Bakong Gunong dekat Bachok dan Kampung Bechah Tembesu, Kota Bharu.
“Kluster tempat kerja membabitkan masing-masing dua di Sabah, Johor, Pahang dan Negeri Sembilan.
“Manakala, masing-masing satu kluster di Kedah, Sarawak dan Pulau Pinang.
“Kluster tempat kerja di Industri 121 Kuala Baram di Miri Sarawak mencatatkan 132 kes daripada 221 individu yang disaring,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.