KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu yang dilaporkan adalah 6,387 kes hari ini.
Jumlah itu menjadikan kumulatif sebanyak 785,039 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan jumlah yang tinggi iaitu 2,610 kes.
Katanya, diikuti Kuala Lumpur 819 kes; Negeri Sembilan 523 kes; Sarawak 424 kes; Johor 324 kes; Pahang 312 kes dan Kedah 273 kes.
“Sabah 263 kes; Perak – 249 (27,693) Melaka (206); Pulau Pinang (157); Kelantan (114); Labuan (71); Putrajaya 25 kes; Terengganu 17 kes dan Perlis tiada kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.