KUALA LUMPUR | Jumlah kematian baharu akibat COVID-19 yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 77 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kematian itu membabitkan 51 lelaki dan 26 wanita.
Katanya, kematian tinggi yang dicatatkan membabitkan individu yang berusia 60 tahun ke atas iaitu 46 orang.
Katanya, diikuti kematian berusia antara 30 hingga 59 tahun seramai 30 orang dan satu kematian bawah 30 tahun.
“Sebanyak 66 kematian ada komorbiditi iaitu mempunyai penyakit lain dan 11 tidak ada penyakit lain.
“Daripada jumlah kematian itu, 13 kes adalah Brought-In-Dead (BID) iaitu kematian sebaik tiba di hospital.
“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.