PUTRAJAYA | Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 Dewan Rakyat akan diadakan pada 26 hingga 29 Julai selama lima hari.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, bagi Dewan Negara pula akan diadakan selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos nanti.
“Kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 Keempat diadakan selama lima bermula hari 26 Julai nanti.
“Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua
perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.
Menurut kenyataan tersebut, berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen (shall be laid before both Houses of Parliament).
Ujarnya, mesyuarat itu akan diadakan mengikut prosedur operasi standard yang akan ditentukan oleh Maijlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Nota Jemaah Menteri telah diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini,” katanya.