KUALA LUMPUR | Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa enam pemain mereka positif COVID-19 selepas kembali dari Kejohanan Badminton Antarabangsa Sepanyol.
BAM dalam satu kenyataan memaklumkan sekembalinya pemain itu ke Malaysia, mereka menjalani kuarantin wajib seperti yang ditentukan kerajaan.
Katanya, selepas didapati positif COVID-19, mereka dihantar ke pusat kuarantin.
“Kesemuanya tiada simptom dan mereka tidak berada di Akademi Badminton Malaysia (ABM) selepas kembali dari kejohanan.
“Mereka juga tidak ada kontak dengan pemain lain yang sedang bersiap untuk ke Olimpik, Tokyo.
“Enam pemain ini hanya akan mendaftar masuk ke ABM selepas pemain yang beraksi di Olimpik berlepas ke Tokyo,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.
Katanya, BAM berharap enam pemain berkenaan cepat pulih.