Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Jamil Rakon dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang baharu berkuatkuasa hari ini.
JPM dalam satu kenyataan media berkata, Jamil berpengalaman dalam perkhidmatan awam selama 29 tahun dengan menjawat jawatan pertama sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pertahanan pada 1 Disember 1992.
Beliau yang berkelulusan ljazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Sarjana Pengurusan dari Australian Defence Force Academy, Canberra berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sumber manusia, penyelidikan dan pembangunan organisasi.
Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jabatan Perdana Menteri mengalu-alukan kedatanga Datuk Jamil bin Rakon sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan di JPM yang ke-16.
Semoga kehadiran beliau dapat meningkatkan lagi kecemerlangan JPM berdasarkan pengalaman luas beliau dalam perkhidmatan awam.