by Nor Shazleza Shahril
KOTA BHARU | Peniaga ayam proses terkenal di negeri ini Zukila Deraman atau Jukee Ayam mengagihkan 350 ekor ayam percuma kepada Kelab Media Kelantan (KEMUDI) disini hari ini.
Penyelia Jukee Ayam Mohd Rozi Abd Rahim berkata, agihan berkenaan merupakan perkongsian rezeki kepada para wartawan yang bertindak sebagai barisan hadapan bagi menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
“ini merupakan sumbangan kali kedua pihak kami kepada para wartawan dan antara salah satu tanggungjawab sosial koporat (CSR) daripada syarikat kami.”
“CSR ini juga akan diteruskan pada masa akan datang bagi membantu pihak-pihak yang memerlukan,” katanya.
Turut hadir, Presiden KEMUDI Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi dan ahli-ahli kelab tersebut.
Sementara itu, Shahnun Hanif berterima kasih kepada Jukee Ayam kerana sudi berkongsi rezeki.
“Bagi pihak wartawan, saya amat berterima kasih kepada Jukee Ayam kerana sudi berkongsi rezeki dengan seramai 75 ahli KEMUDI,”katanya.