KUALA LUMPUR | Jumlah pemberian vaksin di negara ini melebihi 9 juta dos sehingga semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah keseluruhan pemberian vaksin adalah sebanyak 9,006,715 dos.
“Pemberian vaksin bagi dos pertama sebanyak 6,388,399 dan 2,618,316 adalah dos kedua.
“Bagi vaksinasi harian, sebanyak 206,015 dos diberikan semalam, membabitkan 127,385 bagi dos pertama dan 78,630 dos kedua,” katanya menerusi hantaran Twitternya hari ini.
Katanya, antara negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor (348,853), Sarawak (299,593), Kuala Lumpur (244,7090) dan Sabah (233,409).