PASIR PUTEH | Sebuah lori simen terbakar dalam kejadian di tapak pembinaan Bukit Jerus di sini, semalam.
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan jam 1.48 tengah hari.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Azhar Elmi Mustofar berkata, seramai anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian didapati api sedang marak membakar sebuah lori simen dalam 30 peratus.
“Anggota bertindak menggunakan dua aliran hose reel air tangki jentera bagi memadamkan kebakaran itu.
“Kerja-kerja pemadaman diteruskan sehingga api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya.
“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.