TANAH MERAH | Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya memujuk seorang remaja perempuan berusia 19 tahun daripada cuba membunuh diri di Kampung Jelatok Bukit Merah, di sini, malam tadi.
Pasukan bomba menerima panggilan pada jam 11.34 malam tadi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Rafain Mat Zin berkata, seramai lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, detibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku seorang remaja perempuan berkurung dalam sebuah bilik untuk cubaan membunuh diri menggunakan sebilah pisau.
“Kita cuba memujuk mangsa untuk tindakan awal dan hasil pujukan, mangsa berjaya ditenangkan untuk menyerahkan pisau kepada bomba.
“Pihak bomba memecahkan pintu bilik dan menangkap mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tanah Merah oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) operasi tamat pada jam 12.59 tengah malam,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa didapati mengalami tekanan perasaan selepas diberitahu oleh pihak hospital bahawa mangsa menghidap kanser payu dara semasa membuat pemeriksaan kesihatan semalam.