KUALA LUMPUR | Satu juta dos vaksin yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat tiba hari ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan, beliau bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, TYT Brian McFeeters menerima ketibaan satu juta dos vaksin Pfizer di Lapangan Terbang Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS Subang) pagi tadi.
Katanya, vaksin itu disumbangkan oleh Amerika Syarikat.
“Terima kasih rakan sejawat, TYT Antony Blinken serta Kerajaan US – Malaysia terutama Wisma Putra.
“Kita sangat hargai keprihatinan ini. Semoga hubungan erat Malaysia dan Amerika Syarikat terus menjadi kekuatan untuk kedua-dua negara melangkah bersama dalam mengharungi cabaran COVID-19,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.