KUALA LUMPUR | Penyakit zoonosis adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh patogen (bakteria, virus dan parasit) yang disebarkan daripada haiwan kepada manusia atau sebaliknya.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, patogen ini pada mulanya mengjangkiti haiwan sebagai vektor atau pembawa yang kemudiannya menjangkiti manusia dan berpotensi menjadi pandemik.
Katanya, seperti COVID-19 yang bermula daripada haiwan, pandemik ini telah menyebabkan lebih 3.9 juta kematian di seluruh dunia.
“Sempena sambutan Hari Zoonosis Sedunia pada 6 Julai, marilah kita meningkatkan kesedaran tentang penyakit bawaan haiwan ini dan menilai kembali tindakan kita dalam membendung pandemik ini.
“Malah, usaha juga perlu ditingkatkan dalam meramalkan potensi pandemik seterusnya bagi mengurangkan impak terhadap kesihatan sejagat,” katanya di sini hari ini.