KUALA LUMPUR | Golongan fasa dua iaitu warga akan sentiasa diutamakan di dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sehingga kelmarin, 79.2 peratus warga emas yang berdaftar telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.
Katanya, seramai 2,301,657 warga emas yang berdaftar untuk mendapatkan vaksin COVID-19.
“Manakala, seramai 127,775 individu orang kurang upaya (OKU) yang sudah divaksinasi.
“Pada masa yang sama sejumlah 3,853,554 individu dengan komorbiditi atau yang mempunyai penyakit turut divaksinasi,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.
Menurutnya, kepada orang ramai yang mahu mendaftar untuk divaksinasi boleh layari vaksincovid.gov.my/panduan