KUALA LUMPUR | Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan mesej yang mendakwa dari seorang guru yang meminta ibu bapa membawa anak mereka untuk menerima suntikan vaksin yang tular di aplikasi WhatsApp.
KKM memaklumkan mesej yang tular itu adalah palsu.
“Jangan kongsi mesej ini kerana ia akan menimbulkan kekeliruan,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini.
Terdahulu, satu mesej mendakwa dari seorang guru meminta ibu bapa bawa anak-anak mengikut tarikh dan masa ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur untuk menerima suntikan vaksin.
Mesej itu juga menulis suntikan diberikan kepada pelajar warganegara sahaja.
Jika pelajar bukan warganegara, mereka dikenakan bayaran RM80 iaitu pendaftaran RM40 dan suntikan RM40.