KUALA LUMPUR | Waktu operasi premis makanan bagi fasa satu dan dua kekal pada 6 pagi hingga 10 malam seperti diumumkan sebelum ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia adalah untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat.
Katanya, premis makanan di semua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sahaja yang beroperasi jam 8 pagi hingga 8 malam.
“Kerajaan membenarkan penduduk di kawasan PKPD keluar bagi tujuan mendapatkan suntikan vaksin.
“Bagi mereka yang ingin pulang ke kampung membawa ahli keluarga untuk mendapatkan suntikan vaksin sama ada di luar daerah atau negeri dibenarkan dengan menunjukkan janji temu MySejahtera bagi mendapatkan kebenaran polis,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.
Beliau berkata, pergerakan untuk mendapatkan vaksin, maksimum tiga orang dibenarkan termasuk pemandu.