KUALA LUMPUR | Pemberian dos vaksin COVID-19 mencapai lebih 300,000 semalam seperti yang disasarkan kerajaan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pemberian dos vaksin semalam sebanyak 313,761 dos.
Katanya, daripada jumlah itu adalah 196,603 bagi dos pertama dan 117,158 bagi dos kedua.
Katanya, jumlah pemberian dos keseluruhan sehingga semalam adalah 9,320,476 dos iaitu 6,585,002 bagi dos pertama dan 2,735,474 dos kedua.
“Tiga negeri yang mencatatkan pemberian dos pertama yang tinggi iaitu Sarawak 1,226,659 dos, diikuti Kuala Lumpur 1,192,024 dos dan Selangor 1,144,651 dos.
“Bagi dos kedua, Sarawak mencatatkan jumlah 326,285 dos, Selangor 367,895 dos dan 255,348 dos,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.