KUALA LUMPUR | Pulau Pinang beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas mencapai nilai ambang tiga indikator utama yang ditetapkan kerajaan.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, purata kes jangkitan harian selama tujuh hari di bawah nilai ambang 12.2, bagi kes per 100,000 iaitu 9.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk.
Katanya, kadar penggunaan katil wad unit rawatan rapi (ICU) mencapai tahap sederhana (moderate) dan penilaian Keupayaan Tindak Balas berada pada tahap memadai.
“Kadar vaksinasi lengkap dua dos ke atas populasi dewasa melebihi 10 peratus iaitu pada kadar 10.1 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.