KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu yang dilaporkan adalah 7,097 kes hari ini.
Jumlah yang dicatatkan menjadikan kumulatif 799,790 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 3,119 kes.
Katanya, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1,005 kes; Negeri Sembilan 788 kes; Melaka 358 kes dan Sarawak 289 kes.
“Pahang sebanyak 258 kes; Sabah 244 kes; Johor (224); Kedah (198); Perak (187); Pulau Pinang (140);
Kelantan (123); Wilayah Persekutuan Labuan (93); Terengganu (43); Putrajaya (26) dan Perlis dua kes,” katanya.