KUALA LUMPUR | Dua ujian kendiri (Rapid Antigen test) air liur telah selesai dikaji oleh Kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, IMR mendapati dua peranti ujian kendiri yang menggunakan air liur bagi saringan COVID-19, mencapai tahap sensitiviti 90 peratus.
Katanya, kajian IMR sudah selesai dan perincian panduan penggunaan kit ujian kendiri itu dijangka selesai pada minggu depan.
“Dua ujian kendiri air liur telah selesai dikaji oleh IMR dan kedua-dua mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus.
“MDA (Pihak Berkuasa Peranti Perubatan) sedang memperincikan panduan penggunaan dan insya-Allah akan selesai minggu depan,” katanya menerusi Twitternya hari ini.