MUSCAT | Oman melaksanakan sekatan pergerakan penuh selama tiga hari, bermula Hari Raya Aidiladha.
Lapor Agensi, ia meliputi larangan solat sunat berjemaah, berkunjung ke pasar dan menghadiri perhimpunan, dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19, lapor Agensi Berita Oman (BNA), semalam.
Ini diputuskan oleh jawatankuasa diketuai Menteri Dalam Negeri, Sayyid Hamoud Faisal Al-Busaidi.
Menerusi arahan terbaru itu, semua kegiatan sosial dan pergerakan individu dan kenderaan, dilarang, mulai 5 petang hingga 4 pagi, bermula 16 Julai depan.Bagaimanapun, larangan keluar sepanjang hari ditetapkan pada sekatan pergerakan penuh selama tiga hari mulai Hari Raya Aidil Adha.
Musandam bagaimanapun dikecualikan daripada larangan itu kerana bilangan jangkitan yang rendah dan pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital di sana.
Tiada orang luar dibenarkan datang ke Musandam berkuat kuasa 9 Julai, kecuali bagi mereka yang sudah mengambil sekurang-kurangnya satu dos vaksin yang diiktiraf di Oman.
tamat