KUALA LUMPUR | Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat semalam adalah 9,660,519 dos.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pemberian bagi dos pertama adalah 6,791,759 dan 2,868,760 bagi dos kedua.
Katanya, pemberian vaksin semalam adalah yang tertinggi setakat ini iaitu 340,043 dos.
“Daripada jumlah itu, 206,757 adalah bagi dos pertama dan 133,286 bagi dos kedua.
“Negeri yang mencatatkan pemberian paling tinggi bagi dos pertama ialah Kuala Lumpur 1,231,055 atau 69.4 peratus; Sarawak 1,254,639 dos atau 44.5 peratus dan Selangor 1,202,124 dos atau 18.4 peratus,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.