KUALA LUMPUR | Sebanyak 1,000 kotak bantuan iaitu 500 set lampin bayi dan dewasa serta 500 set susu dan bantuan asas lain akan diserahkan kepada lebih 700 keluarga di Pulau Redang dan Pulau Perhentian, Terengganu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bantuan itu kepada penduduk yang memerlukan.
Katanya, penghargaan kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) atas khidmat empat buah lori berat, tiga bot, dua kenderaan pacuan empat roda dan 15 orang anggota APM yang turut serta.
“Bagi pihak kerajaan, kami akan terus memperkukuh kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dalam memastikan keperluan rakyat masa yang getir ini dapat dipenuhi sebaiknya.
“Alhamdulillah.Terima kasih Zizan Razak kerana turut serta dalam misi ini,” katanya yang menghadiri Majlis Pelepasan Misi MAPIM di Kompleks Islam Putrajaya.
Beliau berkata, misi itu akan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, Dr Sani Araby Al-Kahery.