KUALA LUMPUR | Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri akan menggalas tanggungjawab itu dengan sebaiknya.
Beliau menerusi laman Facebooknya mengucapkan terma kasih kepada Perdana Menteri di atas kepercayaan melantiknya selaku Menteri Kanan Luar Negeri.
“Dengan pelantikan ini, saya akan mengetuai Kluster Keselamatan selain membantu Perdana Menteri dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Saya sedar dan insaf, dalam berdepan pandemik COVID-19, tanggungjawab dan harapan rakyat cukup besar. Insya-Allah saya akan galas tanggungjawab ini sebaiknya.
“Saya juga percaya, hanya dengan stabiliti, kesatuan dan kerjasama daripada semua pihak, kita mampu keluar daripada krisis ini bersama-sama,” katanya.
Beliau berkata, percayalah, apa jua jawatan dan kedudukan yang diamanahkan, pendiriannya tetap sama iaitu hanya mahu bekerja demi rakyat dan negara dengan seikhlas hati.
“Saya berdoa, semoga Allah SWT meredhai ketentuan ini,” katanya.