KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu negara ini yang dilaporkan melonjak kepada 8,868 kes.
Jumlah yang dicatatkan menjadikan kumulatif sebanyak 808,658 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes di Selangor terus melonjak kepada 4,152 kes.
Katanya, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 1,133 kes, Negeri Sembilan 897 kes dan Perak 543 kes.
“Negeri lain iaitu Kedah merekodkan 360 kes; Johor (336); Sabah (279);
Sarawak (281); Pulau Pinang (237);
Kelantan (135) dan Melaka (183).
“Pahang (152); Terengganu (68); Labuan (64); Putrajaya (47) dan
Perlis satu kes,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.