KUALA LUMPUR | Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menetapkan satu ketetapan baharu dengan membenarkan 300 orang melaksanakan solat Jumaat dan solat sunat Aidiladha di Masjid Wilayah.
Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, selain itu bilangan jemaah di lapan buah Masjid Pusat Zon dibenarkan seramai 100 orang.
“Bilangan jemaah di Masjid Kariah dan surau untuk solat Jumaat dibenarkan seramai 50 orang manakalan di surau diberi kebenaran khas seramai 40 orang.
“Bagi bilangan di surau Projek Perumahan Rakyat (PPR); Perumahan Awam (PA) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 12 orang,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Ajib berkata, untuk solat fardu pula, seramai 100 jemaah dibenarkan di Masjid Wilayah Persekutuan.
Katanya, seramai 59 jemaah dibernakan di lapan buah masjid Pusat Zon.
“Bagi masjid kariah dan surau, jemaah dibenarkan seramai 30 orang dan surau yang diberi kebenaran khas pulah dihadkan kepada 20 jemaah.
“Bilangan jemaah di Surau PPR, PA dan DBKL serta semua surau dibenarkan seramai 12 orang,” katanya.
Beliau berkata, untuk kawasan yang dikenakakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hanya tiga orang sahaja dibenarkan di semua masjid, surau, surau Jumaat manakala solat Jumaat di gantikan solat Zohor.
“Semua ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Semoga umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak Covid-19 segera berakhir,” katanya.