KUALA LUMPUR | Perkhidmatan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) beroperasi semula sejak 1 Julai lalu bagi urus niaga yang tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh 1 Jun hingga 31 Julai ini.
JPJ dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengoperasian kaunter itu adalah bersandarkan kepada ketetapan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Sementara itu, semua agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia termasuk JPJ, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), serta PUSPAKOM membuka kaunter perkhidmatan hanyalah bagi urusan yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian dengan kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50%.
“Kaedah pelaksanaannya pula adalah secara temu janji berjadual bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas.
“Bagaimanapun, JPJ menggalakkan orang ramai agar menggunakan urusniaga dalam talian secara optima dan melalui kiosk JPJ, serta tidak terburu-buru berurusan ataupun mendapatkan dokumen fizikal di kaunter JPJ.
“Ini adalah bertujuan bagi mengelakkan berlakunya kebanjiran orang ramai secara mendadak di pejabat JPJ (dan rakan niaga) yang dikhuatiri akan mencetuskan ‘kluster Covid-19’ di Pejabat JPJ,” menurut kenyataan itu.
Antara pelanjutan khas diberikan kepada beberapa urus niaga yang tidak dapat dilaksanakan adalah seperti berikut: