KUALA LUMPUR | PAS menyokong sepenuhnya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sokongan tidak berbelah bahagi itu termasuklah dari
18 Ahli Parlimen PAS.
Katanya, PAS turut melahirkan kekesalan terhadap sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan politik dalam negara.
“Ia khususnya dalam keadaan kerajaan sedang berusaha menghadapi krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang sedang melanda negara.
“PAS menyeru seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung langkah-langkah kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19, terutamanya bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang sedang dilaksanakan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.