KUALA LUMPUR | Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 Jun lalu, sebanyak 206 tapak pembinaan diarahkan tutup berikutan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Dalam satu kenyataan CIDB berkata, sebanyak 4,600 tapak pembinaan juga telah diperiksa pihaknya.
Katanya, daripada jumlah berkenaan sebanyak 903 (20%) tapak pembinaan didapati beroperasi, manakala sebanyak 3,697 (80%) tidak beroperasi.
“903 tapak yang beroperasi mendapati, 206 tapak pembinaan (23%) tidak mematuhi SOP, manakala 697 (77%) tapak lagi mematuhi SOP.
“Bagaimanapun, 46 daripada tapak pembinaan yang diarah tutup telah pun dibenarkan dibuka semula, selepas mereka mematuhi SOP yang ditetapkan.
Menurut kenyataan itu lagi, daripada 206 tapak pembinaan yang ditutup, sebanyak 55 terletak di Sarawak.
“Negeri-negeri lain seperti Selangor (45), Kuala Lumpur (18), Melaka (17), Johor (14), Sabah (12), P.Pinang (11), N.Sembilan (8), Pahang (8), Terergganu (6), Perak (4), Kedah (3), Perlis (3), Kelantan (2).
“Manakala 46 yang dibuka semula selepas didapati mematuhi SOP terletak di negeri Sarawak (15), Selangor (9), Melaka (7), Terengganu (4), Perak (4), Kuala Lumpur (2), Johor (2), Kelantan (1), Sabah (1) dan Kedah (1),” katanya.