KUALA LUMPUR | Malaysia akan berdepan Thailand, Laos dan Mongolia Kelayakan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Mongolia selepas diundi berada dalam Kumpulan J.
Kejohanan yang akan berlangsung pada 27 hingga 31 Oktober nanti untuk merebut 15 slot terbaik bersama tuan rumah, Uzbekistan ke pusingan akhir edisi kelima kejohanan tersebut di Tashkent.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu telah ditetapkan pada majlis undian yang dikendalikan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), hari ini.
Katanya, sebanyak 42 pasukan bertanding telah dibahagikan ke dalam 11 kumpulan iaitu enam kumpulan bagi Zon Barat dan lima kumpulan bagi Zon Timur.
“Juara setiap kumpulan iaitu 11 pasukan akan disertai empat pasukan tempat kedua terbaik kumpulan dan juga tuan rumah, Uzbekistan bagi membentuk 16 pasukan terbaik bakal beraksi pada Piala Asia B-23 yang dijadual berlangsung di Tashkent pada Jun 2022.
“Bagi saingan kelayakan kali ini, telah memutuskan untuk tidak menghantar kelompok pemain berusia 22 tahun seperti yang disyaratkan oleh AFC.
Menurutnya, FAM akan mempertaruhkan skuad B-20 kebangsaan kendalian Brad Maloney bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia B-23 2022 ini.
Sebagai rekod, Piala Asia B-23 sebelum ini dikenali sebagai Kejuaraan B-23 AFC yang mana pada empat edisi terdahulu sejak 2013, Malaysia hanya sekali berjaya melepasi saingan kelayakan dan layak ke pusingan akhir pada 2018 di China dengan mara sehingga suku akhir sebelum tewas kepada Republik Korea.