KUALA LUMPUR | Jumlah kes COVID-19 baharu yang dilaporkan melonjak lagi kepada 9,180 kes hari ini.
Jumlah yang dicatatkan itu menjadikan kumulatif sebanyak 817,838 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah di Selangor paling tinggi dan semakin naik kepada 4,400 kes.
Katanya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 1,271 kes, diikuti Negeri Sembilan 899 kes.
“Negeri lain iaitu merekodkan Kedah 417 kes; Sarawak 406 kes; Sabah 323 kes; Johor 315 kes dan Perak 241 kes.
“Melaka 222 kes; Pahang 214 kes; Kelantan 151 kes; Pulau Pinang 142 kes; Terengganu (82); Wilayah Persekutuan Labuan 80 kes; Wilayah Persekutuan Putrajaya 16 kes dan Perlis satu kes,” katanya di laman Facebooknya di sini, hari ini.