KUALA LUMPUR | Jumlah pemberian vaksin COVID-19 empat hari berturut-turut melepasi angka 300,000 dos sehari sehingga semalam.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah pemberian vaksin semalam adalah 376,909 dos.
Katanya, sebanyak 10,413,270 dos yang sudah diberikan sehingga semalam.
“Jumlah yang menerima dos pertama ialah 7,222,481 orang. Daripada jumlah itu, 3,190,789 orang juga terima dos kedua.
“Pemberian vaksin di Kuala Lumpur bagi dos pertama adalah 1,302,525 atau 73.4 peratus dan 306,469 dos kedua.
“Manakala, Sarawak 1,311,644 bagi dos pertama atau 46.6 peratus dan 443,987 dos kedua. Selangor 1,314,946 dos pertama dan 446,583 dos kedua,” katanya menerusi laman Twitternya di sini hari ini.