KUALA LUMPUR | Perjanjian usaha sama penerbitan filem (Co-Production) antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan Australia telah berkuatkuasa bermula Julai ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perjanjian usaha sama adalah inisiatif di bawah strategi pembangunan industri perfileman tempatan ke persada antarabangsa yang diterajui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Katanya, perjanjian itu antara inisiatif berimpak tinggi yang berupaya memajukan sektor industri kreatif tempatan.
“Ia membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada untuk penggiat industri kreatif menerusi jalinan kerjasama dengan Australia.
“Produksi dari Malaysia akan dianggap sebagai industri tempatan Australia yang membolehkan menembusi pasaran negara-negara lain yang telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan Australia seperti Kanada, China, Singapura, Itali, Jerman dan United Kingdom.
“Perjanjian usaha sama ini akan merangsang pertumbuhan ekonomi industri kreatif tempatan dan industri rantaian serta sokongan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berharap, jalinan usaha sama akan terus mengukuhkan perkongsian strategik dalam penerbitan filem, meningkatkan kualiti dan kuantiti penghasilan filem