KUALA LUMPUR | Sebanyak 52 buah kilang dan premis perniagaan yang gagal mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan diarah tutup serta merta semalam.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, manakala 56 buah kilang dan premis perniagaan ditutup kelmarin.
Katanya, mereka diarahkan tutup kerana tidak mengikut SOP yang ditetapkan.
“Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 85,123 pemeriksaan dan snap check di seluruh negara semalam.
“Saya ingin menegaskan bahawa tiada kompromi sama sekali kepada kilang atau premis perniagaan yang melanggar SOP.
“Serbuan harian juga akan ditingkatkan,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini malam ini.